Indahnya di Rhaudah, Madinah al Munawarah

Ziarah dalam masjid nabawi, makam rasullallah & rhaudah hari pertama di madinah
Mama & Mak (mertua) dgn sahabat2 lain (lebih 100 org jemaah Malaysia dr Andalusia Travel) di bawak oleh mutawifah Ustazah Hamizah mengunjungi Masjid Nabawi, makam Rasullallah dan terus berkunjung ke Rhaudah.
Alhamdulillah kami diberikan berkesempatan bersolat di Rhaudah dengan mudah walaupun kami menunggu agak lama untuk dapat masuk ke Rhaudah.
Pengalaman yang sgt miracle mama dapat rasakan saat berada di Rhaudah, betapa kerdilnya diri kita sebagai hamba-Nya. Betapa hebat percaturan Allah memberikan mama dan mak kesempatan untuk solat di Rhaudah. Air mata keluar tanpa dapat ditahan lagi saat takbir di angkat untuk dhuha pertama mama di Rhaudah. Sungguh mama rindu untuk ke Rhaudah lagi. Moga Allah perkenankan impian kami, Amin….
Bercerita mengenai Rhaudah, mama sangat tak mengerti apa istimewanya Rhaudah, macam mana Rhaudah ni sebahagian taman syurga bila mama baca dalam buku- buku panduan umrah. Subhanallah, bila mama menjejakkan kaki ke situ, Allah hadirkan satu ketenangan tak terucap pada mama, rindunya mama saat itu, barulah mama paham indahnya Rhaudah itu, sungguh ia istimewa.
Mak tak kuat sangat berjalan, sepanjang di sini saat mama tak uzur mama pimpin mak ke masjid termasuklah saat ziarah ke Rhaudah. Solat mak di atas kerusi kecil yg boleh dilipat tu yg slalu nampak jual kat Tesco…huhuhu; tapi semangat mak cukup kuat, mak sanggup bersusah-susah solat di masjid. Waktu ziarah kami ke Rhaudah, mama tolong mak dengan kerusinya. Lama kami tunggu giliran untuk ke Rhaudah, dalam 2 jam jugak kami menunggu. Rezeki kami, kami kumpulan terakhir jemaah yang dibenarkan masuk ke Rhaudah pada sesi pagi. (Note: masa ziarah rhaudah jemaah wanita terhad kepada 3 sesi shj sehari; selepas subuh hingga 11 pg, selepas zohor dan selepas isyak sehingga 11 malam). Kami masuk beberapa minit sebelum jam 11 pg & mama nampak pintu masuk Rhaudah ditutup dgn cover putih (sorry mama tak reti explain…ala2 tirai plastik putih) oleh pengawal wanita. Dalam kami bersesak-sesak nak masuk ke kawasan karpet kelabu; tanda kawasan Rhaudah, mutawifah & pengawal perasan mama dok pegang kerusi lipat mak. Depa panggil mama utk bukak kerusi mak & tolong mak utk solat tak jauh dari tiang 6. Alhamdulillah mak dapat solat di situ. Kebetulan ada seorang lagi wanita yg dok pegang kerusi untuk solat jugak dengan bersesak di belakang mama, mama arrange mak cik tu untuk solat di belakang mak, sambil mama tunggu mak solat, ingat dalam hati lepas mak solat bolehla mama pulak solat kat tempat mak. Dalam mama menunggu mak sudah; pengawal wanita tu kuit mama, “ibu solat sini”. Subhanallah, tempat sebelah mak yang sebelum ni sesak dah lapang…..Alhamdulillah dapatla mama bersolat kali pertama di Rhaudah…..sungguh mama rindu untuk solat lagi di situ..
InsyaAllah ada rezeki mama akan kembali lagi ke tanah haram ini. Doakan mama you all….

Luv ya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s